♥ MY STORIES ♥

M I M P I

Hai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai pembaca :)

Mimpi? yeahh perkongsian hari ini tentang mimpi .

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abi Sa’id bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah dia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain. Dan sebaliknya apabila dia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”

Mimpi yang benar adalah daripada Allah S.W.T. Ianya membawa kebaikan untuk seseorang itu dunia dan akhirat. Mimpi sebegini biasanya dalam bentuk misalan atau gambaran dan ia perlu dibuat penafsiran yang berhati-hati oleh orang-orang yang alim.

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: 
“Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu bermimpi buruk, ludahlah ke arah kiri tiga kali dan mintalah perlindungan kepada Allah. maka mimpinya tidak akan memberi apa-apa kesan.”



Mimpi yang takk ada makna ini berpunca dari keadaan persekitaran yang dialami oleh seseorang manusia. Apa yang diingini atau apa yang dialami pada waktu siang, kadang-kadang boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mimpi jenis ini berkait rapat dengan keinginan nafsu dan kehidupan duniawi.
Sebagai contoh, seseorang yang menaruh hati pada seseorang wanita akan sentiasa terkenang-kenang wanita itu hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Begitu juga seseorang yang menaruh imipian untuk memiliki kereta baru, pasti akan terfikir tentang kereta tersebut sehingga terbawa ke dalam mimpi. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Mimpi sebegini juga tidak perlu dihebah-hebahkan kerana ianya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada orang lain.



sekadar berkongsi apa yang difahami sahaja . jika ada lain-lain janganlah lupa untuk berkongsi yea :)

Followers